Katanya mereka yang berumur 25 hingga 58 tahun itu ditahan di Ibu PejabatPolis Daerah Kepala Batas, Pulau Pinang, pada pukul 1.20 tengah hari sebaiksahaja mereka dibebaskan selepas tempoh reman terhadap mereka berakhir Jumaat. Keenam-enam mereka adalah sebahagian daripada 30 orang yang ditahan di PlazaTol Sungai Dua, Kepala Batas, pada Sabtu lepas, ketika menaiki bas menuju kePulau Pinang.
Kumpulan itu ditahan mengikut Seksyen 122 Kanun Keseksaan atas dakwaan cuba melancarkan peperangan ke atas Yang di-Pertuan Agong.
Mengikut Seksyen 3 (1) Ordinan Darurat, polis boleh menahan suspek sehingga 60 hari tanpa perbicaraan.
Pihak polis tenahan seramai 150 orang yang berkait dengan perhimpunan 'kotor' haram pada 9 Julai ini. Anggota exco kerajaan Selangor, Ronnie Liu (gambar), juga telah ditahan kerana didakwa menghasut orang ramai dalam satu ceramah di Hulu Selangor supaya menyertai perhimpunan haram itu, Khalid berkata apa jua tindakan dan aktiviti yang menjurus kepada hasutan supaya orang ramai menyertai perhimpunan haram adalah satu kesalahan."Jadi semalam dalam ucapannya dia telah menghasut orang supaya beramai-ramai hadir untuk satu perhimpunan yang haram tanpa permit jadi kita tahan dia untuk rakam percakapan dan kita telah bebaskan dia," katanya.
Dalam perkembangan berkaitan, katanya sehingga semalam, polis telah menerimasebanyak 2,389 laporan polis berhubung bantahan perhimpunan haram.
"Saya baru dimaklumkan beratus-ratus orang lagi sedang membuat laporan polis minta pihak kita (polis) mengambil tindakan yang sepatutnya untuk menghentikan perhimpunan itu," katanya.
No comments:
Post a Comment