Saturday, July 02, 2011

Selamat Tinggal PAS - Waris Nik Aziz dah Meluat

Gelombang Merah dah benar-benar meresap dalam minda fikir rakyat Kelantan. Sewaktu YAB Perdana Menteri berkunjung ke Pasir Puteh, lebih 20,000 rakyat hadir menyatakan sokongan kepada BN dengan laungan Gelombang Merah.

Lebih menarik, sewaktu majlis tersebut seramai 2,800 orang bekas ahli PAS telah menyerahkan borang keluar PAS dan mennyerahkan borang permohonan menyertai UMNO. Seorang daripada 2,800 orang tersebut ialah waris Nik Aziz sendiri iaitu YM Raja Abdullah Raja Mahmud.

Ketika ditemui pemberita, Raja Abdullah, 57, berkata, beliau sudah serik ditipu kepimpinan Pas kerana tidak pernah tetap pendirian dalam perjuangan parti. "Kalau dahulu, Pas kata wanita tidak boleh dicalonkan kerana ia bercanggah dengan Islam tetapi kini Pas membenarkannya demi perjuangan Islam," kata bapa kepada 11 orang anak itu.

Beliau juga kesal apabila Pas sebelum ini menolak kerjasama dengan orang bukan Islam kerana kerjasama itu bercanggah dengan agama seperti yang dilakukan oleh BN dengan membentuk kerjasama dengan parti kaum Cina, MCA dan kaum India, MIC.

"Sekarang atas alasan untuk menjelaskan Islam, kini golongan yang Pas panggil "kafir" itu (dan) kerjasama dengan bukan Islam dibenarkan iaitu dengan DAP," kata bekas tentera itu yang mengakui beliau tidak pernah mengundi UMNO - Barisan Nasional kerana menyokong Pas sepenuh hati sebelum ini.

Keyakinan Raja Abdullah terhadap Pas hilang apabila parti itu meninggalkan penubuhan negara Islam dan memperjuangkan negara berkebajikan yang jelas membuktikan Pas mudah tunduk kepada DAP.

Ditanya apakah pertalian saudara antara beliau dengan Mursyidul Am Pas itu, Raja Abdullah berkata: "Ayah saya saudara rapat kepada Nik Abdul Aziz kerana kami berketurunan Raja Jembal, iaitu keturunan kerabat Raja Kelantan lama yang banyak menggunakan Nik dalam nama keluarga."

Sokong KDN Guna ISA untuk tangkap Dr Jeyakumar dan Ronnie Liu

Anggota Parlimen Sungai Siput Dr D. Michael Jeyakumar (gambar) dan lima ahli Parti Sosialis Malaysia (PSM) ditahan semula di bawah Seksyen 3(1) Ordinan Darurat (Ketenteraman Awam dan Pencegahan Jenayah) 1969, kata Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar.

Katanya mereka yang berumur 25 hingga 58 tahun itu ditahan di Ibu PejabatPolis Daerah Kepala Batas, Pulau Pinang, pada pukul 1.20 tengah hari sebaiksahaja mereka dibebaskan selepas tempoh reman terhadap mereka berakhir Jumaat. Keenam-enam mereka adalah sebahagian daripada 30 orang yang ditahan di PlazaTol Sungai Dua, Kepala Batas, pada Sabtu lepas, ketika menaiki bas menuju kePulau Pinang.

Kumpulan itu ditahan mengikut Seksyen 122 Kanun Keseksaan atas dakwaan cuba melancarkan peperangan ke atas Yang di-Pertuan Agong.

Mengikut Seksyen 3 (1) Ordinan Darurat, polis boleh menahan suspek sehingga 60 hari tanpa perbicaraan.

Pihak polis tenahan seramai 150 orang yang berkait dengan perhimpunan 'kotor' haram pada 9 Julai ini. Anggota exco kerajaan Selangor, Ronnie Liu (gambar), juga telah ditahan kerana didakwa menghasut orang ramai dalam satu ceramah di Hulu Selangor supaya menyertai perhimpunan haram itu, Khalid berkata apa jua tindakan dan aktiviti yang menjurus kepada hasutan supaya orang ramai menyertai perhimpunan haram adalah satu kesalahan.

"Jadi semalam dalam ucapannya dia telah menghasut orang supaya beramai-ramai hadir untuk satu perhimpunan yang haram tanpa permit jadi kita tahan dia untuk rakam percakapan dan kita telah bebaskan dia," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, katanya sehingga semalam, polis telah menerimasebanyak 2,389 laporan polis berhubung bantahan perhimpunan haram.

"Saya baru dimaklumkan beratus-ratus orang lagi sedang membuat laporan polis minta pihak kita (polis) mengambil tindakan yang sepatutnya untuk menghentikan perhimpunan itu," katanya.