Amat jelas larangan Allah swt melalui Sabda Rasulullah saw.. "Sesungguhnya Allah benci kepada orang-orang yang keji dan membuat perkara keji dan menjerit-jerit di jalanan." (HR: Ibn Dunya dari Jabir RA).
Fatwa Larangan (yang bermaksud HARAM) ini dikeluarkan di Kerajaan Brunei Dars Salam, iaitu oleh Sahibul Samahah Mufti Kerajaan Brunei dalam himpunan fatwanya bilangan 30 halaman 164. Menjelaskan bahawa sesiapa yang menyertai (jika beliau mengetahuinya) adalah seorang yang fasik kerana menentang larangan Rasulullah saw. Jika mereka tidak mengetahuinya maka, bala akan diturunkan kepada penganjurnya atau mereka yang bersubahat menganjurkannya.
Suatu hadis bersesuaian juga menjelaskan bahawa budaya demonstrasi menunjukkan kelemahan perjuangan. Rasulullah saw bersabda yang bermaksud;
“Akan muncul nanti tiga perkara (buruk) sebagai tanda dunia hampir kiamat. Pertama, tempat makmur (masjid) telah lengang dan tempat lengang (pasar dan tempat hiburan) telah makmur (dikunjungi ramai). Kedua, orang berjuang dan berjihad secara tunjuk perasaan (demonstrasi). Ketiga, seorang menggesel amanah saperti unta menggesel badannya di pokok kayu. (Riwayat At Tabrani dalam Al Kabir).
Hadis ini menjelaskan bahawa pada akhir zaman nanti akan timbul di kalangan umat Islam yang melakukan tunjuk perasaan atau demonstrasi apabila mahukan sesuatu. Apa yang disebut oleh Rasulullah saw sedang berlaku sekarang di seluruh dunia termasuk di Malaysia. Perkara yang menjadi budaya di kalangan umat Islam ialah kerana mereka mengambil acuan Barat iaitu mereka berarak di jalanan dengan meninggi-ninggikan suara dan menjerit-jerit bagi menzahirkan tuntutan mereka, dengan beriktiqad bahawa cara itu adalah jihad. Sedangkan Rasulullah saw telah menjelaskan bahawa perbuatan berjuang cara berarak di jalanan dan memekik itu sebagai mengikut cara orang jahiliah yang bukan Islam.
Apa yang para reformasi atau pendemonstrasi ini telah lupa iaitu demonstrasi dan tunjuk perasaan yang mereka bangga-banggakan itu bukanlah dari amalan Islam tetapi adalah dari budaya toghut, budaya masyarakat kufur laknatullah.
LARANGAN DEMONSTRASI DARI ASPEK KESELAMATAN
Aspek keselamatan adah sesuatu yang perlu diberi perhatian khususnya dalam sebuah negara masyarakat pelbagai kaum dan budaya. Pertembungan antara beberapa pihak yang berkemungkinan seperti para demonstrator menyokong BERSIH, demonstrator menentang BERSIH, pihak penguatkuasa undang-undang dalam negeri iaitu polis. Peluang ini juga berkemungkinan akan digunakan oleh agen-agen asing yang akan mengeruhkan suasana dengan menagguk di air keruh. Tugas polis amat jelas iaitu menjaga keselamatan negara. Apabila permit tidak dikeluarkan atas pertimbangan keselamatan maka polis mesti menyuraikan demonstrasi. Cuba lihat kembali rakaman-rakaman tragedi yang berlaku sewaktu reformasi dan Hindraf.
Jika BERSIH adalah untuk meraih sokongan rakyat bagi tujuan PRU13, terdapat juga beberapa NGO yang akan menentang BERSIH bagi meraih sokongan rakyat. juga bagi tujuan PRU13. Jika ini berlaku, kemungkinan tragedi yang lebih besar akan berlaku. Mengingatkan kita tentang tragedi 13 Mei 1969. Semoga Allah swt melindungi Malaysia.
LARANGAN DEMONSTRASI DARI ASPEK EKONOMI
Aspek ekonomi adalah sesuatu yang penting bagi mempastikan kesejahteraan rakyat. Ramai pemimpin pembangkang yang pusing satu dunia menjelaskan keburukan demokrasi di Malaysia dan mencadangkan agar pelabur jangan datang ke Malaysia, kecuali setelah "mereka" berkuasa.

Kerugian kasar adalah sebanyak RM1bilion. Kemusnahan perniagaan dan peluang perniagaan melalui kesan pengganda kerugian boleh mencecah lebih RM500juta. Kerugian dari segi penguatkuasaan undang-undang mencecah RM200juta. Parti-parti politik dan NGO yang terlibat dianggarkan membelanjakan RM100juta bagi menjayakannya. Anggaran ini mengambil kira kos pengangkutan yang dibiayai, kos penginapan dan latihan selama 2 hari sebelum demonstrasi, kos pengiklanan, kos penyediaan baju kuning, kos rawatan perubatan dan sebagainya.
Kerugian ini oleh meningkat sekiranya tragedi lebih besar berlaku. Tragedi besar (semoga dilindungi Allah swt) ini tidak mampu dijangka atau difikir oleh remaja dan belia yang ghairah demonstrasi.
Sekiranya penganjur BERSIH berhasrat mengadakan juga, kerajaan Malaysia perlu meletakkan syarat cagaran kewangan sebanyak nilai yang sepadan. Hal ini penting kerana BERSIH tidak dianjur oleh Organisasi berintegriti seperti Majlis Peguam atau Parti Politik. Ia dianjur oleh NGO yang mendaftar dan kemudiannya bertindak membubarkannya atau melrikan diri ke negara luar seperti hal yang berlaku kepada penganjur Hindraf. Jika Dato' Ambiga Sreenevasan penganjur BERSIH seorang yang bertanggungjawab maka beliau perlu menyerahkan cagaran kewangan kepada kerajaan.
-----
Nota :
Siapa Dato' Ambiga. Beliau adalah orang yang bertanggungjawab menentang Kerajaan dalam kes Azlina Jailani Murtad dan seorang yang aktif dalam IFC.
LARANGAN DEMONSTRASI DARI ASPEK KESEJAHTERAN NEGARA.
Malaysia adalah negara masyarakat pelbagai kaum yang sejahtera. Rakyat hidup aman damai dengan kepesatan pembangunan ekonomi dan rakyat bebas mencipta kekayaan bersama-sama. Tragedi-tragedi sebegini akan merenggangkan kesejahteraan kehidupan rakyat dalam amalan hidup bernegara.

No comments:
Post a Comment