Thursday, June 30, 2011

TAHNIAH SPRM - Dakwa Ahli Parlimen Sabak Bernam

Ahli Parlimen Sabak Bernam didakwa atas lapan pertuduhan rasuah

Ahli Parlimen Sabak Bernam Datuk Abdul Rahman Bakri mengaku tidak bersalah ke atas lapan pertuduhan rasuah kerana mengemukakan invois yang mengandungi butiran palsu bagi melaksanakan program yang sebenarnya tidak diadakan ketika beliau menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

Abdul Rahman sebelum ini merupakan ADUN Ayer Tawar sebelum menang kerusi Parlimen Sabak Bernam dalam pilihan raya umum yang lalu. Beliau dituduh melakukan kesalahan itu di Pejabat Daerah Sabak Bernam pada 21 Januari hingga 12 Februari 2008 dan didakwa mengikut Seksyen 11 (c) Akta Pencegahan Rasuah 1997 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 16 Akta yang sama.

Selaku ejen kerajaan Malaysia, Abdul Rahman didakwa dengan niat untuk memperdaya prinsipalnya dengan menggunakan Surat Ahli Dewan Undangan Negeri yang mengandungi butiran palsu bagi tuntutantuntutan ke atas program atau aktiviti yang sebenarnya tidak dilaksanakan.

Antara tuntutan yang dibuat menggunakan butiran palsu ialah membeli hadiah dan cenderamata serta penganjuran jamuan Program Motivasi Pelajar Sijil Pelajaran Malaysia, Penilaian Menengah Rendah, Ujian Penilaian Sekolah Rendah di kawasan dewan undangan negeri (DUN) yang diwakili beliau.

Beliau juga didakwa membuat tuntutan menggunakan butiran palsu mengenai Program Mesra Rakyat dan Hari Keluarga KRT di DUN Sungai Ayer Tawar, Program Forum Perdana Peringkat Mukim Bagan Nakhoda Omar, program mesra rakyat dan Hari Keluarga Guru-guru KEMAS serta Program Mesra Rakyat dan sambutan Maulud Nabi di kawasan beliau.

Abdul Rahman dituduh membuat tuntutan palsu bernilai RM10,000 bagi setiap lapan pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Syafeera Mohd Said. Timbalan Pendakwa Raya dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Abdul Razak Musa memohon kepada mahkamah supaya Abdul Rahman dikenakan jaminan RM30,000 bagi kesemua lapan pertuduhan itu dan meminta mahkamah menetapkan satu tarikh sebutan bagi kes itu.

Datuk Salehuddin Saidin yang mewakili Abdul Rahman berkata jumlah jaminan RM30,000 itu adalah membebankan kerana jumlah jaminan hanyalah bagi mempastikan kehadiran tertuduh semasa perbicaraan dan tertuduh telah pun memberikan kerjasama beliau semasa siasatan.

Oleh itu, beliau memohon dikurangkan kepada RM8,000 dengan satu penjamin bagi kesemua pertuduhan tetapi dibantah oleh Abdul Razak. Menurut Razak, jumlah wang jaminan itu adalah rendah jika dibandingkan nilai tuntutan palsu RM80,000 dengan denda lima kali ganda nilai rasuah atau suapan yang boleh dikenakan ke atas Abdul Rahman mengikut Seksyen 16 Akta Pencegahan Rasuah.

Bagaimanapun, Syafeera menetapkan jaminan RM30,000 dengan seorang penjamin ke atas Abdul Rahman. Syafeera juga menetapkan tarikh perbicaraan pada 26 April hingga 7 Mei tahun hadapan.

Thursday, June 16, 2011

Haji Hadi - UMNO kini dah tak 'kafir'..

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dibidas kerana sanggup mengelirukan masyarakat Islam semata-mata untuk menunaikan impian mereka termasuk sekutunya menuju Putrajaya.

Bekas AJK Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Ghazali Hj Ahmad berkata kenyataan Hadi berhubung pelaksanaan Negara Islam adalah satu kenyataan dangkal serta memperlihatkan bagaimana beliau telah sedar bahawa perjuangan selama ini adalah tidak benar dan tidak betul.

Lantaran itu, beliau menuntut Hadi memberikan penjelasan lebih lanjut terhadap perkara itu kerana orang-orang UMNO sebelum ini telah dilemparkan dengan pelbagai cacian dan maki hamun termasuklah “Kafir” pada satu ketika dahulu.

“Jika itulah kenyataan sebenar Hadi, bagaimana pula dengan kematian para syuhada Memali yang sebelum ini sanggup mati untuk menubuhkan sebuah Negara Islam. Apakah kematian mereka benar-benar syahid…Jika melihat kenyataan Hadi itu, waris mereka mungkin terguris kerana matinya kaum keluarga mereka adalah mati yang sia-sia dan bukannya syahid.

“Apakah Hadi sedar dan tahu perkara ini.. Hadi perlu huraikan dan jelaskan kepada umum agar ianya tidak menjadi satu kekeliruan kepada kita semua. Janganlah kerana politik sempit dan gara-gara takutnya kepada DAP, Hadi terpaksa keluarkan kenyataan sedemikian rupa.

“Apapun saya bersyukur kepada Allah kerana Hadi telah sedar daripada lamunanya selama ini, namun sedikit terkilan dan sedih kerana kesedaran Hadi itu adalah kerana mengikut telunjuk DAP.

“Terus terang saya katakan, saya tidak terkejut tetapi cukup kecewa kerana seorang yang dianggap tokoh ulama di dalam Pas sanggup mengelirukan masyarakat dengan pandangan yang bercampur baur dengan kepentingan politik.,” katanya di sini, hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Abdul Hadi yang berkata parti itu akan lebih memberi tumpuan kepada negara berkebajikan dan bukannya negara Islam pada masa ini kerana mendakwa pelaksanaan negara berkebajikan disebut dalam al-Quran sedangkan negara Islam tidak.

Ustaz Ghazali seterusnya menegaskan tumpuan Pas yang akan memberi lebih tumpuan kepada pembentukan negara berkebajikan hanyalah satu lagi jenama politik untuk perjuangan parti berkenaan.

Menurut beliau setelah berpuluh tahun tegar dengan perjuangan Negara Islam , Pas hari ini tunduk kepada DAP yang dikethaui umum tidak akan setuju dengan konsep Negara Islam yang diperjuangkan Pas.

“Saya nak jelaskan di sini…Negara Kebajikan ini umpama Negara Kesihatan.. Negara Ketenteraan.. Apa yang itimewanya konsep tersebut sedangkan kerajaan yang ada hari ini bukan sahaja telah memberi tumpuan malah telah sekian lama melaksanakannya.

“Percayalah itu hanya gula-gula politik untuk menutup perubahan dasar mereka yang dulunya Negara Islam tetapi hari ini Negara Berkebajikan. Tidak lebih daripada itu,” katanya.

Wednesday, June 15, 2011

Demonstrasi BERSIH menghancurkan Keselamatan, Ekonomi dan Kesejahteraan Negara

LARANGAN DEMONSTRASI DARI ASPEK AGAMA.

Amat jelas larangan Allah swt melalui Sabda Rasulullah saw..
"Sesungguhnya Allah benci kepada orang-orang yang keji dan membuat perkara keji dan menjerit-jerit di jalanan." (HR: Ibn Dunya dari Jabir RA).


Fatwa Larangan (yang bermaksud HARAM) ini dikeluarkan di Kerajaan Brunei Dars Salam, iaitu oleh Sahibul Samahah Mufti Kerajaan Brunei dalam himpunan fatwanya bilangan 30 halaman 164. Menjelaskan bahawa sesiapa yang menyertai (jika beliau mengetahuinya) adalah seorang yang fasik kerana menentang larangan Rasulullah saw. Jika mereka tidak mengetahuinya maka, bala akan diturunkan kepada penganjurnya atau mereka yang bersubahat menganjurkannya.

Suatu hadis bersesuaian juga menjelaskan bahawa budaya demonstrasi menunjukkan kelemahan perjuangan. Rasulullah saw bersabda yang bermaksud;

Akan muncul nanti tiga perkara (buruk) sebagai tanda dunia hampir kiamat. Pertama, tempat makmur (masjid) telah lengang dan tempat lengang (pasar dan tempat hiburan) telah makmur (dikunjungi ramai). Kedua, orang berjuang dan berjihad secara tunjuk perasaan (demonstrasi). Ketiga, seorang menggesel amanah saperti unta menggesel badannya di pokok kayu. (Riwayat At Tabrani dalam Al Kabir).

Hadis ini menjelaskan bahawa pada akhir zaman nanti akan timbul di kalangan umat Islam yang melakukan tunjuk perasaan atau demonstrasi apabila mahukan sesuatu. Apa yang disebut oleh Rasulullah saw sedang berlaku sekarang di seluruh dunia termasuk di Malaysia. Perkara yang menjadi budaya di kalangan umat Islam ialah kerana mereka mengambil acuan Barat iaitu mereka berarak di jalanan dengan meninggi-ninggikan suara dan menjerit-jerit bagi menzahirkan tuntutan mereka, dengan beriktiqad bahawa cara itu adalah jihad. Sedangkan Rasulullah saw telah menjelaskan bahawa perbuatan berjuang cara berarak di jalanan dan memekik itu sebagai mengikut cara orang jahiliah yang bukan Islam.
Apa yang para reformasi atau pendemonstrasi ini telah lupa iaitu demonstrasi dan tunjuk perasaan yang mereka bangga-banggakan itu bukanlah dari amalan Islam tetapi adalah dari budaya toghut, budaya masyarakat kufur laknatullah.

LARANGAN DEMONSTRASI DARI ASPEK KESELAMATAN

Aspek keselamatan adah sesuatu yang perlu diberi perhatian khususnya dalam sebuah negara masyarakat pelbagai kaum dan budaya. Pertembungan antara beberapa pihak yang berkemungkinan seperti para demonstrator menyokong BERSIH, demonstrator menentang BERSIH, pihak penguatkuasa undang-undang dalam negeri iaitu polis. Peluang ini juga berkemungkinan akan digunakan oleh agen-agen asing yang akan mengeruhkan suasana dengan menagguk di air keruh. Tugas polis amat jelas iaitu menjaga keselamatan negara. Apabila permit tidak dikeluarkan atas pertimbangan keselamatan maka polis mesti menyuraikan demonstrasi. Cuba lihat kembali rakaman-rakaman tragedi yang berlaku sewaktu reformasi dan Hindraf.

Jika BERSIH adalah untuk meraih sokongan rakyat bagi tujuan PRU13, terdapat juga beberapa NGO yang akan menentang BERSIH bagi meraih sokongan rakyat. juga bagi tujuan PRU13. Jika ini berlaku, kemungkinan tragedi yang lebih besar akan berlaku. Mengingatkan kita tentang tragedi 13 Mei 1969. Semoga Allah swt melindungi Malaysia.

LARANGAN DEMONSTRASI DARI ASPEK EKONOMI

Aspek ekonomi adalah sesuatu yang penting bagi mempastikan kesejahteraan rakyat. Ramai pemimpin pembangkang yang pusing satu dunia menjelaskan keburukan demokrasi di Malaysia dan mencadangkan agar pelabur jangan datang ke Malaysia, kecuali setelah "mereka" berkuasa.

Kerugian kasar adalah sebanyak RM1bilion. Kemusnahan perniagaan dan peluang perniagaan melalui kesan pengganda kerugian boleh mencecah lebih RM500juta. Kerugian dari segi penguatkuasaan undang-undang mencecah RM200juta. Parti-parti politik dan NGO yang terlibat dianggarkan membelanjakan RM100juta bagi menjayakannya. Anggaran ini mengambil kira kos pengangkutan yang dibiayai, kos penginapan dan latihan selama 2 hari sebelum demonstrasi, kos pengiklanan, kos penyediaan baju kuning, kos rawatan perubatan dan sebagainya.

Kerugian ini oleh meningkat sekiranya tragedi lebih besar berlaku. Tragedi besar (semoga dilindungi Allah swt) ini tidak mampu dijangka atau difikir oleh remaja dan belia yang ghairah demonstrasi.
Dato' Ambiga Perlu Bertanggungjawab

Sekiranya penganjur BERSIH berhasrat mengadakan juga, kerajaan Malaysia perlu meletakkan syarat cagaran kewangan sebanyak nilai yang sepadan. Hal ini penting kerana BERSIH tidak dianjur oleh Organisasi berintegriti seperti Majlis Peguam atau Parti Politik. Ia dianjur oleh NGO yang mendaftar dan kemudiannya bertindak membubarkannya atau melrikan diri ke negara luar seperti hal yang berlaku kepada penganjur Hindraf. Jika Dato' Ambiga Sreenevasan penganjur BERSIH seorang yang bertanggungjawab maka beliau perlu menyerahkan cagaran kewangan kepada kerajaan.
-----
Nota :
Siapa Dato' Ambiga. Beliau adalah orang yang bertanggungjawab menentang Kerajaan dalam kes Azlina Jailani Murtad dan seorang yang aktif dalam IFC.

LARANGAN DEMONSTRASI DARI ASPEK KESEJAHTERAN NEGARA.

Malaysia adalah negara masyarakat pelbagai kaum yang sejahtera. Rakyat hidup aman damai dengan kepesatan pembangunan ekonomi dan rakyat bebas mencipta kekayaan bersama-sama. Tragedi-tragedi sebegini akan merenggangkan kesejahteraan kehidupan rakyat dalam amalan hidup bernegara.