Saturday, May 07, 2011

Penentang Perpaduan PAS-UMNO adalah Pengkhianat Islam - Mufti Perlis

Mufti Perlis, Sahibul Samahah Dr. Juanda Jaya menyifatkan pihak-pihak yang menentang penyatuan PAS-UMNO sebagai pengkhianat Islam. Mereka juga boleh dianggap sebagai puak Khawarij. Puak Khawarij merujuk kepada puak sesat dan berkepentingan dunia yang amat bencikan penyatuan umat Islam. Puak Khawarij didalangi oleh golongan munafikun yang berhasrat melihat perpecahan di kalangan umat Islam.
Dr Juanda Jaya : Penentang Perpaduan adalah Pengkhianat Agama
Dr. Juanda menyatakan bahawa penyatuan PAS-UMNO adalah sebenarnya wajib atas kepentingan ummat dan kekuatan Islam khususnya dan Malaysia amnya. Beliau memetik firman Allah swt dalam surah as-Syura (ayat 13) yang bermaksud, "tegakkanlah pendirian agama dan dan janganlah kamu berpecah belah". Baginda Rasulullah saw sebelum kewafatannya juga berwasiat agar umat Islam bersatu dan berpadu di bawah satu imam, dan jangan berpecah belah.

No comments: