Monday, May 30, 2011

Mengapa Bible ditukar nama kepada al-Kitab?

Konflik beragama di kalangan umat Islam dan Kristian dikeruhkan dengan tekanan daripada pihak Gereja Kristian untuk menggunakan perkataan Allah bagi menggantikan God dalam Bible.

Adakah al- Kitab merujuk Injil yang dirunkan kepada Nabi Isa a.s

Percubaan untuk mengelirukan umat bahawa agama Kristian yang telah dipesongkan adalah agama nabi Isa a.s dilakukan dengan pengedaran al-Kitab dalam bahasa Melayu. Kitab ini menggunakan Allah bagi merujuk God.
Kenyataan ini amat bertentangan dengan hakikat Tuhan yang dibawa oleh Nabi Isa a.s. Nabi Isa mengembangkan agama Krsitian yang hanya menyembah Allah swt dan Nabi Isa a.s adalah seorang Rasul yang hanya menyampaikan risalah.
Agama Kristian pada hari ini adalah agama terpesong yang mempercayai God adalah Tuhan Bapa, Meriam (Mary) adalah Tuhan Ibu dan Isa (Jesus) adalah tuhan anak. Konsep Triniti ini adalah bertentangan secara jelas dengan konsep agama samawi yang mempercayai Allah swt sebagai Tuahn sekalian alam.

Sunday, May 15, 2011

Legasi Rasis dan Chaunis

5 September 1945, Chin Peng yang memimpin PKM telah menggantikan Jepun yang menyerah kalah. Selama 2 minggu PKM di bawah Chin Peng memerintah Tanah Melayu, ramai orang Melayu disabitkan dengan kesalahan menyokong Jepun dan dibunuh dengan kejam. 14 hari yang paling malang dalam sejarah Tanah Melayu.
Pada 9 Ogos 1965, Singapura dikeluarkan dari Tanah Melayu. Lee Kuan Yew menekan Tunku dengan dasar-dasar Rasis dan Chanunis. Parti PAP yang disokong oleh orang Melayu berhaluan kiri, kemudiannya telah memerintah Singapura. Bagaimana dengan nasib Melayu Singapura? Mereka mungkin lebih senang dan kaya dari orang Melayu Malaysia yang miskin, tetapi mereka adalah perempat di negara sendiri.

8 Mac 2008, DAP memenangi pilihanraya umum ke-12 dan menguasai Pulau Pinang. Orang Melayu yang menyokong mereka. Hari ini Melayu Pulau Pinang menangis air mata darah kekesalan dan menyesali sokongan kepada DAP dan Pakatan Rakyat. Apa tidaknya, orang Melayu dinafikan hak-hak mereka dari segi perniagaan dan hak milik tanah. Warung dan gerai Melayu diroboh tanpa diganti.
Matlamat mereka ialah untuk memenangi PRU13. DS Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri dan DAP ditabalkan sebagai Timbalan Perdana Menteri. Mereka menjanjikan gula-gula kepada rakyat dan setelah mereka mendapat kuasa, rakyat dinafikan sokongan dan hak mereka.
Apa agaknya akan berlaku selepas ini? Tentu lebih dahsyat daripada apa yang berlaku di Singapura dan Pulau Pinang.
1 Undi kepada Pakatan Rakyat akan menjayakan Legasi Rasis dan Chaunis Perkauman Sempit Cina dalam menjayakan Wawasan Menkristiankan Malaysia.

Saturday, May 07, 2011

Penentang Perpaduan PAS-UMNO adalah Pengkhianat Islam - Mufti Perlis

Mufti Perlis, Sahibul Samahah Dr. Juanda Jaya menyifatkan pihak-pihak yang menentang penyatuan PAS-UMNO sebagai pengkhianat Islam. Mereka juga boleh dianggap sebagai puak Khawarij. Puak Khawarij merujuk kepada puak sesat dan berkepentingan dunia yang amat bencikan penyatuan umat Islam. Puak Khawarij didalangi oleh golongan munafikun yang berhasrat melihat perpecahan di kalangan umat Islam.
Dr Juanda Jaya : Penentang Perpaduan adalah Pengkhianat Agama
Dr. Juanda menyatakan bahawa penyatuan PAS-UMNO adalah sebenarnya wajib atas kepentingan ummat dan kekuatan Islam khususnya dan Malaysia amnya. Beliau memetik firman Allah swt dalam surah as-Syura (ayat 13) yang bermaksud, "tegakkanlah pendirian agama dan dan janganlah kamu berpecah belah". Baginda Rasulullah saw sebelum kewafatannya juga berwasiat agar umat Islam bersatu dan berpadu di bawah satu imam, dan jangan berpecah belah.

Friday, May 06, 2011

Husam Lebih Meyakini Sains daripada Allah SWT

Datuk Husam Musa (Husam), yang merupakan antara pagar-pagar DS Anwar Ibrahim (Anwar) yang diarahkan agar sentiasa mengawal YAB Tok Guru Nik Aziz (Nik Aziz) agar sentiasa berpihak kepada DS Anwar dan Pakatan Rakyat telah berang dengan tindakan Datuk Shazryl Eskay Abdullah (Eskay) bersumpah laknat. Sumpah laknat Datuk Eskay menyatakan bahawa beliau dan Anwar Ibrahim berada dalam Video Kontroversi Pelacur Cina.
Husam Mencabar Eskay Menjalani Ujian Poligraf
Berang dengan perkara tersebut, Husam telah mencabar Eskay supaya melakukan ujian Poligraf. Ujian Poligraf ialah ujian saintifik bagi mengesan seseorang yang bercakap itu berbohong atau sebaliknya. Ujian ini mempunyai ralat yang besar dan tidak pernah diambil sebagai prosedur kebenaran tertuduh, saksi, pembela dan pendakwa di mahkamah.
Mengapa Husam Tidak Mencabar Anwar Jalani Ujian Poligraf?
Tindakan Datuk Husam memperlihatkan bahawa beliau lebih mempercayai kaedah saintifik daripada keyakinan kepada Allah SWT.

Sumpah Datuk Eskay akan ada natijahnya ke atas diri Datuk Eskay. Sekiranya beliau berbohong dengan niat mengaibkan dan membunuh karier politik DS Anwar, maka Allah swt adalah penentu segala-galanya. DS Anwar juga pernah menyatakan bahawa beliau lebih bersedia bersumpah dengan nama angin, matahari dan sebagainya tetapi tidak bersetuju untuk bersumpah dengan nama Allah swt. Mengapa? Mengikut beliau, seseorang yang bergelumang dengan dosa, arak dan zina tidak sewajarnya bersumpah dengan nama Allah swt. Agaknya sebab itulah beliau tidak bersetuju untuk bersumpah atas segala tuduhan yang dilemparkan ke atas beliau.

Kepada Husam yang merupakan antara pemimpin Kelantan yang bakal mengganti Nik Aziz sebagai Menteri Besar Kelantan. Janganlah membelakangkan Allah swt dengan mengutamakan sains yang amat lemah sifatnya.