Saturday, April 30, 2011

Bazar Tok Guru - Igauan Nik Aziz

Nik Aziz tidak lelap tidur malam memikirkan karenah menantunya yang menikam dirinya sebagai Menteri Besar Kelantan dan Tok Guru bagi ahli PAS. Masalahnya ialah Bazar Tok Guru yang ditolak peniaga-peniaga Pasar Lama MPKB. Menantu kesayangan Nik Aziz diangkat sendiri sebagai CEO PMBK Berhad. Hari dah dipecat kerana Nik Aziz tunduk kepada tekanan pihak-pihak tertentu yang tidak setuju dengan amalan Kronisme Nik Aziz.
Bazar Tok Guru - Igauan Nik Aziz
Nik Aziz janji dalam PRU12, sekiranya PAS diberi mandat oleh rakyat untuk memerintah Kelantan sekali lagi. Maka kerajaan PAS akan memindahkan peniaga di Pasar Lama dan Arked Uda ke Bazar Tok Guru. Harga kedai ialah RM40,000 dengan keluasan 3.04 x 3.65 meter persegi (10 kaki x 12 kaki persegi).

Bagaimanapun setelah siap, berlaku perubahan harga yang amat besar iaitu dari RM40,00 meningkat lebih sekali ganda kepada RM95,000. Lebih malang keluasannya juga telah menjadi semakin sempit iaitu kepada 1.82 x 2.4 meter persegi sahaja (6 x 7 kaki persegi).
Peniaga-peniaga mulai menunjukkan kemarahan atas dasar percakapan munafik kerajaan PAS Kelantan. Bantahan demi bantahan wujud. Tidak dapat dinafikan wujud campur tangan politik dari UMNO Kota Bharu. Khuatir tamparan politik yang bakal diterima, YAB Nik Aziz menurunkan harga dari RM90,000 kepada RM60,000 dengan subsidi sebanyak RM30,000 bagi setiap lot.

Bazar Tok Guru - Penyelewengan Tok Guru dan Menantu
Apa makna subsidi? Maknanya kerajaan PAS Kelantan terpaksa membayar kepada pemaju 'kroni' yang diberi tender pembinaan tanpa 'tender terbuka' tersebut. Anggaran ganti rugi ialah sebanyak RM30,000 x 400 lot = RM12 juta. Dari mana duit sebanyak itu, kerajaan PAS akan perolehi untuk membayar gantirugi. Maka perjanjian baru akan ditandatangani melibatkan pemberian tanah kurniaan baru atau lot-lot balak di Hulu Kelantan.

Peniaga yang semakin mesra dengan UMNO Kota Bharu pula dijanjikan pengecualian sewa selama setahun. Sudah jatuh ditimpa tangga, sekali lagi kerajaan PAS Kelantan yang tidak amanah dan cekap terpaksa menanggung kerugian sebanyak RM2.88 juta. Dengan anggaran sewa setiap lot sebanyak RM600 x 400 lot x 12 bulan = RM2.88 juta.

Rasuah sewaktu kurniaan tender melibatkan pemimpin-pemimpin PAS di Pejabat Menteri Besar dan Pejabat Perbadanan Menteri Besar. Laporan telah dibuat kepada SPRM agar segera melakukan penyisatan. Suatu Suruhanjaya Diraja dicadangkan kepada Tuanku Sultan Muhammad ke-V untuk membersihkan pentadbiran negeri Kelantan daripada rasuah dan penyalahguna kuasa.

No comments: