Friday, August 12, 2011

HUSAM rancang bina lebuh raya bertol Kuala Krai - Kota Bharu

KOTA BHARU 10 Ogos - Kerajaan Pas Kelantan merancang membina lebuh raya empat lorong sepanjang 63 kilometer antara Kota Bharu – Kuala Krai yang bakal menyaksikan penduduk negeri ini membayar tol buat pertama kali selepas lebih 20 tahun pemerintahan Pas di sini.

Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, Datuk Husam Musa berkata, pembinaan lebuh raya itu dijangka menelan belanja RM1.9 bilion termasuk kos pengambilan tanah.

Husam mendakwa, permohonan mereka sebelum ini untuk pembangunannya di bawah Rancangan Malaysia Ke-9 (RMK9) dan Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK10) tidak mendapat perhatian Kerajaan Persekutuan, justeru kerajaan negeri mengambil keputusan membangunkannya sendiri sebagai jalan negeri secara penswastaan.

"Kerajaan negeri mengambil keputusan memulakan sendiri pembangunan lebuh raya ini tanpa menunggu lagi Kerajaan Persekutuan kerana mungkin Kerajaan Persekutuan tidak melihatnya sebagai keutamaan mereka.

"Tujuan kita ambil inisiatif ini untuk membantu anak Kelantan terutama yang pulang berhari raya mengelak kesesakan yang teruk, kalau ada jalan terus dari Kuala Krai ke Kota Bharu, kita jangka masa perjalanan hanya akan mengambil masa antara 30 hingga 40 minit sahaja.

"Memang ada pihak swasta yang sudah datang sebelum ini dan membuat beberapa cadangan tetapi kita perlu melalui beberapa proses dan penilaian terlebih dahulu," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat mingguan Exco kerajaan negeri di sini, hari ini.

Thursday, August 11, 2011

Mohd Hasan Ali & JAIS versus Khalid Ibrahim & Gereja

Peristiwa ini berlaku akibat operasi pemeriksaan ke atas 20 orang Islam (12 orang dewasa dan 8 kanak-kanak) dijalankan pada 2 Ogos 2011 beralamat di Dewan 3, Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC), Damansara Utama. Alamat lengkap di Jalan 13/1, Seksyen 13 , 46700 Petaling Jaya, Seangor Darul Ehsan.

Berdasarkan maklumat daripada sumber, JAIS (13 orang) bersama anggota Polis (20 orang) dari IPD Petaling Jaya dan Sea Park telah melakukan pemeriksaan terhadap , Petaling Jaya yang mengadakan Majlis "Berbuka Puasa". Majlis Thanksgiving tersebut dihadiri 20 orang Islam iaitu sembilan wanita, tiga lelaki dan lapan kanak-kanak Islam di dalam gereja tersebut.

Pada malam tersebut, suasana menjadi kecoh dan dengan serta merta Menteri Basar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim yang mewakili PKR telah membidas tindakan JAIS dan mengecam EXCO berkaitan bidang Agama Islam iaityu Datuk Mohd Hasan Ali. Khalid kemudiannya memohon maaf akibat tindakan JAIS tersebut dengan menyatakan bahawa JAIS tidak sepatutnya melakukan perkara tersebut.

Suasana menjadi semakin keruh apabila Timbalan Pesuruh Jaya PAS Selangor, YB Khalis Samad telah membidas secara terbuka Hasan Ali dengan menegaskan perkara tersebut adalah tidak wajar. Beliau menyatakan tidak salah Umat Islam menghadiri majlis tersebut.
JAIS yang menegaskan bahawa 20 orang Islam yang menghadiri majlis tersebut sedang dimurtadkan dengan pengedaran Bible versi Melayu dan CD nyanyian doa Kristian. Dilaporkan juga bahawa PAstor yang terlibat telah menghina Islam dengan merendah-rendahkan Al-Quran dan amalan berpuasa Ramadhan.

Apabila pihak JAIS memasuki premis tersebut, pihak Gereja telah melarikan 20 orang Islam tadi melalui pintu belakang. Sesuatu yang seharusnya berlaku sekiranya mereka tidak bersalah. Agenda IFC yang melaungkan kesaksamaan antara agama sebagai satu permulaan halus untuk menkristiankan orang Islam.

Agenda IFC yang cuba dilaksanakan di sebuah negara Islam. Amat menyedikan terdapat pemimpin Islam yang membela Gereja yang terlibat. Tragedi yang amat menyedihkan dan mencemarkan kesucian bulan Ramadhan.